Salam sejahtera dan jumpa kembali..melihat pada papan tanda dlm gambar ni aku tau ramai pemancing kat luar sana tau akan tempat ni..sempena cuti aidiladha ni aku ngan jenal jelajah kolam lg..jom aku citer penjelajahan aku kali ni..
Bermula dari kolam 123 batu arang utk mencari ranking pd blah mlm nya..pg selepas habisnya batu arang kita org ke kilam natural fish fishing pond ni yg di mana di dalam kolamnya terhimpun pelbagai spesis ikan air tawar exotic antaranya..arapaima..aligator gar..tapah..baung amazon atau red tail cat fish..mekong cat fish..
Bayaran yg di kenakan utk memancing kat sini adalah sebanyak rm100 utk 3 jam dan deposit rm50 so total rm150 tu jika korang layan 3 jam tp kalau korang nak layan 5 jam harganya rm150..bestnya kolam ni juga ada jackpot utk ikan ikan tertentu dgn berat tertentu..dan harga utk package jackpot pula rm50 per hour..
So apa lg ambik joran byr rm150..tujuan utama aku ngan jenal nak kejar mekong cat fish..hahaha agak risau juga pd awalnya kerana rod n tali yg kami gunakan agak tidak bersesuaian dgn tempat..tp apa nak kira kan pacak tetap pacak n tunggu je ikan apa nak sambar umpan..
Sedikit gambar kawasan kolam dari pintu masuk..
Selepas sejam menunggu..joran aku di sambar ikan..namun ikan pertama terlepas dari mata kail..takpa..pasang balik umpan lontar lg..
Tak sampai 5 minit selepas terlepas ikan pertama..pacakkk..strike lg joran aku..so apa lg layan je lah tgk ikan apa yg lekat..cuaca pun agak panas sebab tu aku tak berbaju...marshall plak dari jauh dah start motor mcm mat rempit dtg bila nak sesiapa shj strike ikan kat sini..sebab diorg akan buka kan ikan yg korang tangkap..
Ikan pertama yang berjaya aku naikkan adalah dari spesis baung..agak besar..tp memang tak sangka pula sang baung yg sambar umpan..sebab carian sebenar adalah mekong...takpa ini rezeki..
Zasss lepas aku pacakk jenal pula pacak red tail cat fish amazon..untunglah merasa red tail cat fish..secara keseluruhan memancing 3 jam hanya dua ekor je ikan kami daratkan..
Ini kerana persediaan kami tak seberapa dan lebih kepada bidan terjun..tp tak mengapa sebab kami akan kembali ke kolam ni lg utk mencari sasaran utama kami iaitu mekong cat fish yg sememangnya bersaiz mega dlm kolam ni..mana tau rezeki lain strike arapaima 70kg ke kan..hahahah jgn kata tak ada yer sebab saiz arapaima dalam kolam ni memang ada 70kg
Secara keseluruhannya memancing si sini agak selesa dan kolam di buka 24jam..jd pd korang yang tak pernah mencuba kolam ni..jom turun dan cuba memancing di sini..jgn risau jika tiada umpan kerana umpan anak ikan ada di jual di sini dgn harga mengikut saiz...jumpa lagi di jelajahan akan datang...
No comments:
Post a Comment