Salam sejahtera..oleh kerana hari ni aku agak free jd aku update plak beberapa jenis umpan dan beberapa teknik yg selalu org guna di kebanyakan kolam kolam pancing air tawar utk menawan ikan patin.dua jenis umpan dan tenik kami gunakan sama ada roti yg di potong dadu atau pallet ikan.dan seperti biasa ikan yg aku buru adalah jenis patin.manakala utk teknik pula lebih kepada bottom atau teknik layang dan apung..selain tu kena lah belajar utk gred ikan yg korang nak cari.yg tu nanti aku cerita kan bagaimana nak gred ikan ikan yg korang nak cari serta tekniknya..
Untuk roti potong dadu selalunya kami gunakan perasa pandan dan teknik memancing lebih kepada teknik apung layang di mana roti potong dadu di cangkuk pd mata kail hingga ke perambut sepanjang 3 inci atau lebih dua mata kail perambut v boleh guna guna teknik batu gantung dan juga dasar dgn teknik yg berlainan.bila dah di cangkuk ke mata kail satu kan kedua mata kail td kemudian ambik lg roti utk buat bom sebesar penumbuk atau lebih.setting utk perambut selalunya dlm setengah depa ke satu depa yg ni terpulang pd korang sebab setting yg aku gunakan utk teknik apungan adalah setengah depa..jenis roti pulak aku sarankan cari roti yg mudah kembang seperti roti potato atau roti sandwich jenama sedap atau apa shj jenis roti yg terjual di kedai acheh..jika ada kelapangan aku akan sertakan gambarnya kemudian..
Untuk umpan pallet pulak kami hanya gunakan pallet dgn perisa strawberi..bg aku ini adalah umpan kegemaran aku utk semua kolam pancing yg aku terjah..tu bg aku..ini kerana bg sesetengah pemancing kata mereka lain padang lain belalang maknanya lain kolam lain umpannya..dan aku yakin dgn setiap umpan yg aku buat.
- berikut adalah contoh umpan jenis palet yg aku dan jenal gunakan..
Selain dari umpan..mcm aku beritahu lah teknik adalah sgt penting jd cuba cari teknik yg sesuai utk korang..di campur pula dgn konsistensi umpan yg korang buat di mana dpt menawan ikan dgn masa yg singkat..utk teknik dan setting umpan pallet ni plak aku lebih menggunakan perambut jenis v berukuran panjang dlm satu jengkal dgn dua mata kail serta teknik pancingan dasar..cara utk gunakan umpan pallet ni pulak..korang boleh cari keropok bin bin ke keropok sotong ke..udang ke..potong kecil kecil cangkukkan pada kail kepalkan dlm jumlah kecil utk setiap mata kail kemudian di satukan..lalu kepalkan lg pallet utk tutup kepal yg kecil tp buat bom ikut selera korang.
-contoh perambut yg aku gunakan.jenis v setengah jengkal dgn tali kevlar serta mata kail berkley bersaiz 9..
Utk pancingan lombong dan sungai umpan nya agak mudah x susah seperti kolam dan umpan yg sesuai adalah umpan yg tidak mudah pecah..ini kerana lombong dan sungai mempunyai arus jd penggunaan roti gardenia yg di kepal serta dedak yg di kepal juga agak sesuai kerana umpan akan pecah sedikit demi sedikit mengikut arus..dan aroma yg keluar mampu menawan ikan yg korang buru..selain sawit peram..ada juga guna roti canai.macam macam selera ikan sungai ni..
Umpan universal utk kebanyakan jenis ikan dan mudah..mudah mudahan dpt membantu korang.jgn salahkan aku pulak jika x dpt ikan coz kita ni usaha je..
- dedak utk semua jenis ikan aku guna dedak bomb 1 paket.
- power tutup mulut 1 paket tak silap aku no 1
- dedak ayam..jenis warna hitam 1kg
- perisa pisang 1 botol.
Caranya mudah..campurkan semua sekali dan gaulkan dgn air kolam agak agak sedap n umpan lekat untuk di kepalkan pd mata bomb..selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment