Friday 25 September 2015

kolam pancing natural exotic rawang

Salam sejahtera dan jumpa kembali..melihat pada papan tanda dlm gambar ni aku tau ramai pemancing kat luar sana tau akan tempat ni..sempena cuti aidiladha ni aku ngan jenal jelajah kolam lg..jom aku citer penjelajahan aku kali ni..
Bermula dari kolam 123 batu arang utk mencari ranking pd blah mlm nya..pg selepas habisnya batu arang kita org  ke kilam natural fish fishing pond ni yg di mana di dalam kolamnya terhimpun pelbagai spesis ikan air tawar exotic antaranya..arapaima..aligator gar..tapah..baung amazon atau red tail cat fish..mekong cat fish..
Bayaran yg di kenakan utk memancing kat sini adalah sebanyak rm100 utk 3 jam dan deposit rm50 so total rm150 tu jika korang layan 3 jam tp kalau korang nak layan 5 jam harganya rm150..bestnya kolam ni juga ada jackpot utk ikan ikan tertentu dgn berat tertentu..dan harga utk package jackpot pula rm50 per hour..
So apa lg ambik joran byr rm150..tujuan utama aku ngan jenal nak kejar mekong cat fish..hahaha agak risau juga pd awalnya kerana rod n tali yg kami gunakan agak tidak bersesuaian dgn tempat..tp apa nak kira kan pacak tetap pacak n tunggu je ikan apa nak sambar umpan..
Sedikit gambar kawasan kolam dari pintu masuk..
Selepas sejam menunggu..joran aku di sambar ikan..namun ikan pertama terlepas dari mata kail..takpa..pasang balik umpan lontar lg..
Tak sampai 5 minit selepas terlepas ikan pertama..pacakkk..strike lg joran aku..so apa lg layan je lah tgk ikan apa yg lekat..cuaca pun agak panas sebab tu aku tak berbaju...marshall plak dari jauh dah start motor mcm mat rempit dtg bila nak sesiapa shj strike ikan kat sini..sebab diorg akan buka kan ikan yg korang tangkap..

Ikan pertama yang berjaya aku naikkan adalah dari spesis baung..agak besar..tp memang tak sangka pula sang baung yg sambar umpan..sebab carian sebenar adalah mekong...takpa ini rezeki..
Zasss lepas aku pacakk jenal pula pacak red tail cat fish amazon..untunglah merasa red tail cat fish..secara keseluruhan memancing 3 jam hanya dua ekor je ikan kami daratkan..

Ini kerana persediaan kami tak seberapa dan lebih kepada bidan terjun..tp tak mengapa sebab kami akan kembali ke kolam ni lg utk mencari sasaran utama kami iaitu mekong cat fish yg sememangnya bersaiz mega dlm kolam ni..mana tau rezeki lain strike arapaima 70kg ke kan..hahahah jgn kata tak ada yer sebab saiz arapaima dalam kolam ni memang ada 70kg

Secara keseluruhannya memancing si sini agak selesa dan kolam di buka 24jam..jd pd korang yang tak pernah mencuba kolam ni..jom turun dan cuba memancing di sini..jgn risau jika tiada umpan kerana umpan anak ikan ada di jual di sini dgn harga mengikut saiz...jumpa lagi di jelajahan akan datang...

Monday 21 September 2015

kedai pancing kepong tackle

Kolam pancing dah citer..meh citer pasal kedai pancing plak..aku mulakan dgn kedai pancing kepong tackle yg letaknya di kepong ni..

Kedai ni adalah di antara kedai yg selalu aku n jebal kunjungi utk beli peralatan memancing..kedai yg sederhana tp padat dgn bermacam jenis peralatan dari mata kail sampai lah ke rod..nak sebut sesatu byk sgt jd korang kena pergi tengok sendiri..

Dari segi harga pun berpatutan tidak terlalu mahal..so korang boleh lah dtg sini..cuma bg aku de gak kurang nya kedai ni..dari segi mata kail agak kurang sikit..selebihnya dari reel sampai ke rod memuaskan cuma rod yg aku tak ada..tu yg frust sikit..tp takpe ada byk lagi pilihan utk korang jika korang datang kedai ni..

Beria benar kan tgk jenal tgh nak pilih rod utk jig..pilih bro jangan tak pilih yer..

Masa ni aku tgk juga kot lah ada reel penn conflict 4000..uhh malangnya tiada stock..so kena lah tunggu..kalau korang tanya aku utk spinner reel bg aku sememangnya aku gemar dengan jenama penn..yg ni nanti lah aku cerita kenapa aku suka..tp yg pasti bukan aku je yg suka..ramai lagi kat luar sana suka guna spinner jenama penn..

So apa lg nak aku citer..korang datang lah sendiri yer tengok apa yg patut..utk alamat pulak boleh review kat dalam post senarai kedai pancing yg aku dah post yer..

Selamat membeli belah yer...

restoran berjaya bangsar(off topic)

Salam sejahtera..asyik citer pasal kolam pancing dan sbgnya..kali ni aku nak off topik skit..aku nak bercerita pasal restoran berjaya ni

Lokasi restoran ni di jalan telawi bangsar.bila sebut jalan telawi..biasalah jalan yg agak sibuk di waktu tghari so nak parking utk lunch memang susah skit n agak sesak..

Cerita pasal makanan tak di nafikan boleh di katakan sedap lah dgn nasi padang..wantan mee..kari laksa..yong tao foo(ni kureng skit maybe korang suka)

Harga pulak kalau rasa tak bw cash byk nak mkn nasi padang daging dendeng or tiga jenis lauk xyah lah yer sebab harga bg aku kat sini agak mahal..maybe sebab bangsar kan jd semuanya mahal..hehehehe x caya boleh g try mkn kat sana ambik lah beberapa jenis lauk tgk berapa harga korang kena byr..so baik lah ambik satu jenis lauk dan sayur..bukan aku je terbeliak biji mata bila dia kira..aku pasti ramai pelanggan lain pun sama

Dari segi layanan plak..korang utk nasi padang..korang pilih lauk diorg tolong isi pinggan or bungkus..mcm aku bila order daging dendeng aku suka cili lebih jd kalau minta cili lebih auntie tu akan ckp tak boleh byk lah ini cukup utk daging setiap satu pastu muka masam..bila mintak kepingan besar dia akan ckp semua sama lah diorg potong timbang..rajin betul diorg ni..kalau sama napa daging tu de besar de kecil kan..ntah lah..kedekut..

Bagi aku..aku labelkan kedai ni kedekut dari segi layanan terhadap pelanggan n cekik darah walaupun makanan agak sedap lah...bukan sekali aku kena mcm ni tp dah berkali kali sebab aku kerja kat kawasan bangsar ni..

Client ofis aku plak suka sgt mkn yong tao foo kat kedai ni..tau apa aku kena bila aku bw balik..perjara pertama client akan tanya aku.kenapa sos dia sikit..so aku jawab je tokey kedai ni kedekut..mintak lebih dia kata itu i sudah buat utk dua org mkn..plastik kecik tu utk dua org mkn memang best..memang kedekut tak ingatnya dan begitu lah setiap kali jika aku beli yong tao foo kat sini..

So kalau korang rasa nak g kedai ni silakan lah..tp jgn lak melenting ke apa yer dgn harga or layanan diorg sebab korang mkn jd byr n hadap je layanan ngan muka tak reti senyum..aku pasni memang takkan aku pergi dah kedai ni..cukup dah lah kena cekik darah sekali n terasa layanan yg low class dgn restoran yg tak seberapa sangat tu walaupun makanan dia boleh tahan..bujan restoran ni je..semua restoran dlm malaysia jika sekali aku pergi cekik darah n layanan tak menarik memang sekali jelah aku pergi..cantik lg kedai mamak kat hujung jalan tu..tu pun aku tak pergi sebab aku tak makan kat kedai mamak..

Selamat menjamu selera...


Thursday 17 September 2015

kolam pancing nik

Salam sejahtera..sebelum aku bercerita pasal kolam pancing nik dgn lebuh lanjut..jom aku citer lu apa yg jd sblm sampai ke kolam pancing nik ni n camana aku bleh singgaj ke sini..tgh lepak kat umah..aku tgk hp jenal whatsapp aku ajak g mancing..aku kalau bab mancing ni di ajak je sure jd punyalah..so dlm jam 12 lebih mlm aku gerak dari umah jumpa jenal kat ttdi jaya..planning awal ke kolam mancing sek24..so redah ke kolam pancing sek24..kolam yg sememangnya bg aku sgt menarik dgn berbagai jenis ikan yg ada kat dlm tu..tp syg hasrat nak memancing kat situ x kesampaian kerana terlalu padat dgn pemancing..tp xpe satu hari nanti aku akan terjah juga kolam pancing sek24 ni..
So apa lg jenal ajak aku g kolam pancing nik..so alang alang naik motor dari sek24 shah alam terus gerak ke puchong..seperti yg korang nampak kat gambar atas tu berikut adalah harga utk memancing di kolam nik..tp kalau korang masuk jam 12tgh mlm diorg ada package midnight..kolam yg terletak di puchong ni betul betul berada kat kawasan pendalaman..kalau korang x biasa korang pasti akan sesat dlm kebun kebun sayur.n sememangnya kolam terletak berhampiran kebun sayur cuma de simpang berbeza dan agak mengelirukan.nasib baik aku dah pergi sblm ni cuma aku terlupa je mana simpang masuk..
Kolam yg x lah berapa besar di huni oleh beberapa jenis ikan termasuk keli..lampam.lekoh..saiz ikan de byk size cuma lebih byk saiz yg kecil dari yg besar..
De beberapa sofa di sediakan kalau korang mengantuk n membangau tunggu pancing di tarik..aku pacak betul betul dekat kaunter pembayaran..tgh lepak tunggu ikan mkn dtg tukang jaga or maybe tuan punya kolam bercerita dgn aku berkenaan umpan.ini kerana aku hanya guna palet seperti biasa..katanya kat sini ikan patin lebih pd berselera dgn roti...atau cekodok je..ok xpelah aku masih de semangat lg nak mancing..then dia citer lg dia baru lepas suh org tarik jaring utk buang anak anak ikan..ok mood kelaut skit sebab dah sah sah lah ikan x mkn umpan nak buat camana lepak jelah sebab dah byr..
Dari segi kemudahan lak aku bg 3 bintang je..kerana lampu x sepenuhnya..tandas pulak hanya satu di sediakan utk pemancing..umpan pulak kalau korang nak dtg berhajat nak guna roti aku nasihatkan korang beli lah siap siap sebab xde di jual di kaunter..aku tanya hari tu hanya ada palet 6363 shj..
Dari jam 3.45pg aku memancing hinggalah jam 7.45pg hanya sekali je pancing aku di sentuh..selebihnya umpan di jamah oleh anak anak ikan..jd kolam yg kecik di huni pula oleh byk anak ikan..so bg yg nak memburu abah abah patin tu aku rasa kesabaran korang kena lebihlah..
So jika korang nak dtg boleh lah dtg mencuba tp aku ingatkan bw lah umpan dua tiga jenis yer..n kalau kereta korang rendah or motor korang terlalu uzur aku nasihatkan xyah bw yer tumpang jelah kawan coz jalan utk ke kolam ni bolwh buat skrew kete or motor tercabut..hehehehe..apa pun x salah jika nak mencuba..

Thursday 10 September 2015

kolam pancing j&j puchong

Salam jumaat semua..kali ni aku nak review pasal kolam pancing j&j puchong plak.dan sudah beberapa kali gak aku pacak kat kolam ni.maaf takde gambar kolam.
Bila dah puchong dah tentu lah kolam ni terletak di puchong kan..apa yg menjd masalah bg aku ialah aku lupa harga utk daftar masuk setiap kolam yg aku g termasuk lah kolam ni..apa pun rata rata rate harga x lah sampai rm40 pun kalau ada pun maybe utk package lain lain..
Utk kolam ni de byk jenis ikan dan pelbagai saiz ikan..setiap kali daftar masuk termasuk jackpot bulanan..ikan boleh jual balik pd kolam..or ikan kecil boleh bw balik selalunya bwh 3kg gitu lah..utk jackpot kat kolam ni de beberapa jenis jackpot utk berbeza jenis ikan..so kalau korang nak try jon lah ke sini..
Dari segi kemudahan kolam ni de sedikan tempat duduk yg agak luas di sedikan sekali kipas utk setiap tempat duduk dan plug point utk korang cas bateri handphone korang..kedai makan pun senang kalau malam jalan call je diorg akan hantar...kolam ni lain skit bg aku kerana ada perbezaan diet ikan kat sini..selalunya diet ikan kat sini adalah umpan jenis segera..umpan masam lmbt lah nak di jamahnya..dan di seblah kanan kebanyakannya mengguna perasa strawberi dan seblah kiri menggunakan perasa pandan..sbnrnya bg aku apa pun perasa korang guna paling penting adalah umpan korang power atau tidak tu je jd tepuk dada tanya selera umpan apa korang nak guna..
J&j puchong ni hanya ada sebuah kolam shj jd adakalanya agak penuh gak kolam ni..so kalau korang x pernah cuba kolam ni..sila lah mencuba yer..n bw lah beberapa jenis umpan..jgn pakai orgam binatang sudah sebab memana kolam pun kebanyakkannya tidak membenarkan pemancing menggunakan organ binatang..selamat mencuba angler semua..

kolam pancing harmoni

Ok angler semua..citer lak pasal kolam harmoni..kolam yg agak luas tp permukaan dlm kolam tidak sekata but masih juga mencabar..
Saiz ikan dlm kolam ni de mcm mcm size dan mcm mcm jenis ikan..dari talapia..ketutu sampai lah ke patin..tongsan dan sebagainya..belida pun ada dlm kolam ni.ikan karak pun ada..dari segi umpan pulak..mcm mcm jenis umpan korang boleh cuba guna..perisa plak pandan boleh strawberi pun boleh tepuk dada tanya selera..
Kolam ni setiap jumaat dan sabtu malam diorg akan adakan game dan salam 10..kaki kolam tau lah apa tu salam 10...jenal sendiri terkenal kat kolam ni dan lamam facebook kolam pancing harmoni..kerana apa?kerana dah byk kali menang game kat kolam..aku plak baru sekali je menang game kolam ni tp adalah juga dari xde..rezeki namanya tu..maybe ikan tersalah mkn umpan kot..hehehe gurau je tu lah..apa yg pastinya kami rindukan juga kolam pancing harmoni ni..satu hari t kami akan turun balik memancing kat kolam ni.
Bg pemancing kat luar sana aku syorkan korang cuba dulu kolam harmoni ni coz byk jackpot dari pelbagai jenis ikan x kira lah korang kaki rohu ke apa korang kena dtg cuba yer..
Dari segi harga rata rata lebih kurang sama je dgn kolam kolam yg ada di sekitar puchong..dan x lah mahal sgt.
Keadaan kolam harmoni puchong
Harap korang semus enjoy lah bila turun bertandang ke kolam harmoni ni yer..kiriii jauhhh...

Tuesday 8 September 2015

kolam pancing laguna

Jom ke kolam pancing laguna pulak..kolam yg terletak di kelana jaya betul betul bersebelahan dgn paradigm mall ni asalnya adalah lombong..pasal kedalaman lak best memang dalam..harga utk memancing sgt lah murah rm10 dari mula dia buka sampai lah tutup..jenis ikan semua jenis ikan ada termasuklah pb..ikan plak kebanyakannya bersaiz mega cuma umpan korang kenalah power..utk kolam ni selalunya aku jdkan lapangan utk aku uji setiap umpan yg aku buat dan habiskan baki umpan aku..sambil lepas gian memancing bila tgn gigil nak tarik ikan..ikan sememangnya x boleh nak bw balik kecuali ikan talapia..kalau korang nak bw balik juga diorg akan timbang dan tentukan harga..dari segi keselesaan skrg ni dah agak kurang dari mula kolam ni di buka sebab tiada penambahbaikan di lakukan..kalau korang nak cari buah ara..kat kolam ni memang de byk pokok buah ara pergi jelah kutip..kebanyakan mereka yg dtg memancing kat sini memburu pacu..de lah beberapa org termasuk aku je memburu patin..pacu kat sini boleh tahan juga saiznya..pasal ikan pulak..ikan memang x pernah di tambah or keluar kolam..so kesabaran tu memang di perlukan lah coz ikan x lah secepat mana menjamah umpan melainkan pacu yg sentiasa rakus menjamah umpan..utk korang yg berada di sekitar damansara or kawasan sekeliling tu boleh lah kalau korang nak lepaskan gian seketika di kolam ni..

kolam pancing big boss

Selamat tghari..hope korang semua dah lunch utk tghari ni.kolam big boss ni letaknya betul betul berhadapan dgn tasik biru kundang..mempunyai 3 buah kolam..kolam 1..kolam 2 dan kolam 3..jenis ikan yg ada mekong..patin..pacu..rohu..tongsan..keli..dan ada lg lah..memancing kat sini semakin selesa kerana kemudahan sentiasa di tambah baik kan..
Bercerita pasal kolam big boss ni rasanya ramai di luar sana dah cukup mengenali dgn kolam ni..pasal kolam ni juga lah aku yg asalnya dari bermain ikan air masin ke kolam air tawar semula..kat sini juga lah pertama kali aku jelajah kolam ngan jenal..kitaorg ambik package midnight..apa yg istimewa kat sini..korang x pyh g daftar masuk..terus je cari tapak korang nak duduk n kejap lg perkerja dtg je kat korang collect duit..hahaha...aku x lah selalu ke sini tp jenal sblm ni memang selalu juga kemari..apa yg paling best bg dia kat sini adalah sentapan dan tarikan mekong cat fish seberat 16kg..katanya tali pun masa tu 20pound..berpeluh juga lah tawaf separuh kilam nak bw naik seekor mekong..kat sini ikan bawah 3 kg korang boleh bw balik dan kalau xnak bw balik tokey kolam beli dgn harga rm1 seekor ikan..pd aku harganya agak rendah..tp xpe bukan itu yg di cari sbnrnya..kepuasan menawan ikan tu penting..
Pasal umpan plak kalau korang xde umpan jgn risau kat sini sememangnya ada jual umpan yg dah siap utk di guna..utk size ikan pulak..semua size ikan ada dari ikan lauk sampai lah le abah abah yg menjanjikan kepuasan korang utk tawaf kolam...apapun kolam big boss ni lah punca aku giler mencari patin dan mula mula belajar utk buat umpan patin sendiri..jd apa tunggu lg pemancing semua..jom pakat turun ramai ramai...

kolam pancing danau pinggiran


Lg bercerita pasal kolam...kolam pancing danau pinggiran..beberapa kali juga aku ke kolam ni termasuk utk cuba game kolam ni yg di adakan setiap hari jumaat dan hadiahnya agak lumayan..percubaan pertama aku cuba game kat kolam ni berjaya mendaratkan tiga ekor ikan parin bersaiz dari 5kg lebih ke 6 kg lebih..apapun byk abah abah patin bersaiz mega dlm kolam ni..apa yg mencabar bg aku utk kolam ni ialah antara kolam yg agak susah utk sang patin menjamah umpan..jadi aku nasihatkan bw lah beberapa jenis umpan utk standby jika satu umpan x di jamah..rata rata pemancing kat sini menggunakan roti dan juga perasa pandan..kesabaran amatlah di perlukan..keluasan kolam pulak memanjang dan puas lah kalau nak tarik ikan..de byk jenis ikan dlm kolam ni..tp mcm biasa aku hanya memburu patin..dari segi harga berpatutan x silap aku mereka ada package tgh mlm sebab aku pernah layan sampai 12jam kat kolam ni..kolam ni terletak di putrajaya betul betul tepi highway dan x susah nak cari lokasi kolam..keselesaan..memang selesa sebab de byk wakaf utk lepak dan tdo..tp sbg pemancing tdo semasa memancing xde dlm kamus hidup aku lagi hehehe...mcm biasa lah kalau korang nak cabar kesabaran korang boleh lah ke kolam ni utk mencuba sendiri pacakk kat sini..jom pacakkk..depan jauhhh..

kolam pancing joran terjun


Selamat pg..mcm biasa aku akan update lg kolam kolam pancing yg pernah aku terjah ngan jenal..

Kali ni aku nak bercerita plak tentang kolam pancing joran terjun..kolam ni terletak di kemensah belakang zoo negara..utk sampai ke kolam ni korang kena lalu kawan kg..kalau tgh malam tu kot yg x kuat semangat nak lalu sorg sorg tgk gaklah kiri kanan..hiburan kat kolam ni memang best sebab pihak kolam de sediakan skrin projektor yg agak besar jd bolwh lah tgk movie sambil layan mancing..tp awas..jgn sampai joran terjun pulak..

Hahahah..

Dari segi harga x lah begitu mahal de dua package utk pemancing tp aku lupa pulak camana package nya dan apa yg pasti x sampai rm30..kolam ni pun selalu mengadakan pertandingan atau game lah bahasa pemancing pd setiap hari jumaat dan hari sabtu..

Cerita pasal ikan dlm kolam ni de mcm mcm jenis ikan sampailah ke talapia..

Aku ngan jenal duduk x jauh dari kaunter mlm tu..

Pendekkan cerita kolam ni agak santai dengan suasana hutan dan udara yg agak nyaman jd boleh lah turun jika pemancing di luar sana nak cuba kolam ni..

Hasil memancing mlm tu jenal hanya berjaya mendaratkan seekor ikan pacu bersaiz 5kg lebih dan aku bangau berdarah selepas terlepas seekor ikan..so oleh kena ranking bulanan dptlah ikan tersebut di masukkan ke dlm ranking bulanan..apa aku boleh bgtahu korang ikan ikan pacu dlm kolam ni kebanyakkannya bersaiz mega..jd angler apa lagi..pacakkkk

Logo Rasmi Kami

Ntah camana tetiba lak aku dpt idea utk buat logo rasmi pirate's kail..ni lah namanya bila dah tak ada kerja..apapun dari logo ni boleh lah korang kenal kami nanti bila terjumpa kat memana kolam pancingkan so tegur lah yer sebab kami x kenal anda semua..no worry kami sgt friendly dgn semua org..jom tgk logo rasmi kami..

-logo rasmi pirate's kail yg x seberapa setakat ni aku keluarkan dua sticker dulu memandangkan ahli pirate's kail hany aku ngan jenal je..insyaallah maybe di masa yg akan dtg de lak lg yg nak join kami so kami menerima dgn hati yg terbuka..cuma kami cari mereka yg benar benar minat memancing n boleh bersama kami utk jelajah setiap kolam pancing yg kami terjah..di samping mencari pengalaman serta berkongsi ilmu tentang dunia memancing yg tiada sempadan..
Mungkin di masa akan dtg kami akan keluarkan baju pula sapa tau kan..
So xde benda lah nak cerita lagi..salam pacak dari kami...

Monday 7 September 2015

kolam pancing sebare


Salam sejahtera..beberapa minggu lepas aku jenal dan pak abu telah berkesempatan utk singgah ke kolam mancing sebare yg terletak di beranang..mula mula sampai aku agak terpegun dgn kebersihan kolam ni..de sebuah kolam memancing udang dan sebuah kolam memancing ikan air tawar..aku juga di fahamkan oleh penjaga kolam yg ikan jenis mekong juga ada dalam kolam ni..
Seperti biasa jelajah kolam kami x kan berhenti dgn melihat shj..apalagi ambil joran masing masinglah..
Bercerita pasal kebersihan dulu.utk kebersihan kolam n kawasan sekitar aku bg 4 setengah bintang..but utk keseluruhan aku hanya boleh bg 3 bintang shj..
Kenapa aku bg 3 bintang..ini kerana terlalu banyak anak anak ikan kat dlm kolam.korang boleh nampak umpan korang di jamah oleh ratusan anak ikan sebaik shj umpan mencecah permukaan kolam.
Utk ikan dlm kolam memang de bermacam jenis ikan tp saiz sgtlah mengecewakan..patin tak lah sebesar yg di sangka..jd pd pihak kolam aku sarankan letak lah lebih skit ikan yg bersaiz mega kat dlm kolam tu utk menarik ramai lg pemancing..
Kami pulang dgn 10 ekor ikan pacu dan seekor ikan patin bersaiz ikan lauk..
Bg pemancing

casting dan panduan

Salam sejahtera..lama dah aku tinggalkan casting ni sbnrnya..tetiba pg td de sorg kawan bertanyakan tentang reel casting..bg aku reel ni yelah yg hi end dah tentulah bagus..tp bagus punx guna if tuning or teknik x betul kan..jom aku kongsi kit pasal casting ni.
Byk merungut dgn risiko meehoon pd bait casting korang..kat sini bg aku tuning n setting memainkan peranan penting bg mengurangkan terjdnya meehon ni.penggunaan ibu jari sgt penting utk mengawal spool ketika spool berputar dgn mengawal putaran spool dan stopkan putaran dgn ibu jari sebelum umpan atau gewang mencecah permukaan air..selalunya ini lah yg menyebabkan meehon goreng atau sarang burung layang layang..
Kenali bait casting korang dan part yg perlu kirang ambil perhatian utk tuning n setting.biasanya di seblah bahagian kiri letaknya brake spool supaya kelajuan dpt di kurangkan sedikit demi sedikit masa korang buat lontaran..pastikan korang selaraskan dgn betul.
Aku bg tau skit teknik yg aku belajar utk lontaran n selaraskan spool sblm buat lonyaran..
-pasang umpan yg korang nak pakai.
-letak rod tegak ke kanan sedikit tekan thumb bar
-tgk kejatuhan umpan pastikan selaras tidak laju dan tidak terlalu perlahan..
Pastikan pelarasan anda lakukan setiap kali menukar umpan anda.
Benda remeh selalu org lupa adalah arah angin..kalau korang cast melawan arus angin pun boleh menyebabkan terjadinya sarang burung ni yer so pastikan korang cast x melawan arah angin..
Maybe de byk lg cara utk cast ni but yg selalu aku praktikkan ni jelah..x byk mana pun ilmu aku dlm casting ni but harap dpt lah membantu serba sedikit...pacakkkkk....


Sunday 6 September 2015

Umpan dan teknik kolam air tawar utk patin

Salam sejahtera..oleh kerana hari ni aku agak free jd aku update plak beberapa jenis umpan dan beberapa teknik yg selalu org guna di kebanyakan kolam kolam pancing air tawar utk menawan ikan patin.dua jenis umpan dan tenik kami gunakan sama ada roti yg di potong dadu atau pallet ikan.dan seperti biasa ikan yg aku buru adalah jenis patin.manakala utk teknik pula lebih kepada bottom atau teknik layang dan apung..selain tu kena lah belajar utk gred ikan yg korang nak cari.yg tu nanti aku cerita kan bagaimana nak gred ikan ikan yg korang nak cari serta tekniknya..

Untuk roti potong dadu selalunya kami gunakan perasa pandan dan teknik memancing lebih kepada teknik apung layang di mana roti potong dadu di cangkuk pd mata kail hingga ke perambut sepanjang 3 inci atau lebih dua mata kail perambut v boleh guna guna teknik batu gantung dan juga dasar dgn teknik yg berlainan.bila dah di cangkuk ke mata kail satu kan kedua mata kail td kemudian ambik lg roti utk buat bom sebesar penumbuk atau lebih.setting utk perambut selalunya dlm setengah depa ke satu depa yg ni terpulang pd korang sebab setting yg aku gunakan utk teknik apungan adalah setengah depa..jenis roti pulak aku sarankan cari roti yg mudah kembang seperti roti potato atau roti sandwich jenama sedap atau apa shj jenis roti yg terjual di kedai acheh..jika ada kelapangan aku akan sertakan gambarnya kemudian..

Untuk umpan pallet pulak kami hanya gunakan pallet dgn perisa strawberi..bg aku ini adalah umpan kegemaran aku utk semua kolam pancing yg aku terjah..tu bg aku..ini kerana bg sesetengah pemancing kata mereka lain padang lain belalang maknanya lain kolam lain umpannya..dan aku yakin dgn setiap umpan yg aku buat.
- berikut adalah contoh umpan jenis palet yg aku dan jenal gunakan..

Selain dari umpan..mcm aku beritahu lah teknik adalah sgt penting jd cuba cari teknik yg sesuai utk korang..di campur pula dgn konsistensi umpan yg korang buat di mana dpt menawan ikan dgn masa yg singkat..utk teknik dan setting umpan pallet ni plak aku lebih menggunakan perambut jenis v berukuran panjang dlm satu jengkal dgn dua mata kail serta teknik pancingan dasar..cara utk gunakan umpan pallet ni pulak..korang boleh cari keropok bin bin ke keropok sotong ke..udang ke..potong kecil kecil cangkukkan pada kail kepalkan dlm jumlah kecil utk setiap mata kail kemudian di satukan..lalu kepalkan lg pallet utk tutup kepal yg kecil tp buat bom ikut selera korang.
-contoh perambut yg aku gunakan.jenis v setengah jengkal dgn tali kevlar serta mata kail berkley bersaiz 9..

Utk pancingan lombong dan sungai umpan nya agak mudah x susah seperti kolam dan umpan yg sesuai adalah umpan yg tidak mudah pecah..ini kerana lombong dan sungai mempunyai arus jd penggunaan roti gardenia yg di kepal serta dedak yg di kepal juga agak sesuai kerana umpan akan pecah sedikit demi sedikit mengikut arus..dan aroma yg keluar mampu menawan ikan yg korang buru..selain sawit peram..ada juga guna roti canai.macam macam selera ikan sungai ni..

Umpan universal utk kebanyakan jenis ikan dan mudah..mudah mudahan dpt membantu korang.jgn salahkan aku pulak jika x dpt ikan coz kita ni usaha je..

- dedak utk semua jenis ikan aku guna dedak bomb 1 paket.
- power tutup mulut 1 paket tak silap aku no 1
- dedak ayam..jenis warna hitam 1kg
- perisa pisang 1 botol.

Caranya mudah..campurkan semua sekali dan gaulkan dgn air kolam agak agak sedap n umpan lekat untuk di kepalkan pd mata bomb..selamat mencuba..







Hulu Langat Fishing Resort

Salam sejahtera..kali ni aku nak kongsi dgn korang pengalaman memancing di hulu langat fishing resort..

Aku mulakan dgn lokasi..terletak di hulu langat dan lokasi agak jauh ke dlm..dari segi kemudahan plak bg aku bertaraf profile tinggi dari segi kemudahan dan keselesaan aku boleh bg 4 bintang..

Bercerita pula jenis ikan yg ada..boleh di katakan de beberapa jenis ikan dan antara yg aku tahu tongsan..pacu dan buruan utama mekong cat fish atau gelaran tempatan plabuk..

Teknik kat kolam ni senang je semuanya menggunakan pelambung yg di set lima kaki dari perambut manakala umpan pulak ada di jual di kolam manakala umpan dari luar di larang sama sekali..jgn risau kalau korang xtau nak bancuh umpan sebab mcm aku ckp tp kemudahan dan layanan semua bertaraf 4 bintang.jd perkerja di kolam boleh membantu anda dari settting perambut sampai lah pasang umpan dan lontar umpan..mcm vip..

Cuma agak kesal skit kerana jika kita buru mekong ni dah tentu kita harapkan yg bersaiz mega namun ikan mekong yg ada dlm kolam ni tak lah begitu besar..rata rata bersaiz sederhana..ni lah yg menyebab aku tidak memberikan kolam ini 5 bintang...jd bg pemancing yg nak merasa tarikan mekong bersaiz mega aku x galakkan utk ke hulu langat fishing resort malah boleh lah ke kolam pancing sek 24 shah alam manakala jika korang nak tawan selain mekong korang boleh ke kolam rawang netural exotic..nanti aku ceritakan pengalaman aku di rawang natural exotic dan juga jenis jenis ikan yg ada..

-aku bersama ikan mekong yg berjaya aku tawan di hulu langat fishing resort..

Mata Kail

Salam sejahtera..kat sini aku nak kongsi lah serba sedikit pengalaman aku dlm mencari mata kail,jenis jenis dan juga saiz..pengalaman ni aku dpt masa mancing kat kolam sri bayu tekala..salah satu kolam yg aku anggap mempunyai profile yg tinggi kat dalam malaysia ni dari segi kemudahan dan keselesaan..
 Ok tak payah cerita byk..ramai angler terlepas pandang bab mata kail ni..aku cerita jenis mata kail yg aku guna utk menawan sang abah abah patin..ada tiga jenama yg aku guna dgn saiz berbeza

1- Owner
2- Berkley
3- Daichii

Ketiga tiga jenama ni menjadi pilihan aku kerana bg aku bagus tahan dan juga tajam..dan saiz yg menjadi pilihan aku dan kegemaran aku adalah saiz 9 dan 10.ini kerana ikan patin mempunyai mulut yg besar dan penggunaan mata kail bersaiz kecil bg aku kurang sesuai..mata kail yg tajam juga memainkan peranan yg penting utk menawan ikan ni tak kira lah apa jenis ikan sekali pun dan ketajaman mata kail ni aku rasa ramai angler terlepas pandang.jd kena ingat selalu yg mata kail yg sentiasa tajam adalah sgt penting walaupun ianya hanya basic n sgt remeh..

Bagaimana utk mengetahui yg mata kail korang gunakan tu masih tajam lg atau sudah tumpul?senang je benda ni.ambik mata kail dan letakkan bahagian tajam ke atas kuku jari tgn korang jika melekat bermakna mata kail tu masih tajam jika tidak,boleh lah tukar mata kail baru.jgn pula letak kat bahagian isi jari korang plak yer..

Penggunaa mata kail yg betul utk ikan yg korang cari amatlah penting dlm membantu korang utk strike lantas menawan ikan ikan kegemaran korang..so apa lg pasti korang tak kecewa bila memancing dan aku harap serba sedikit dpt jugalah membantu korang nanti..pacakkkkk depan jauhhh

Senarai Kedai Pancing 2

Sambungan utk bahagian 1 bg senarai kedai pancing sekitar Selangor dan Kuala Lumpur..di harap dpt membantu anda mencari kedai pancing sekitar kawasan anda.


20. Lee Chai Chon
B23, Medan Selera, Jln Bukit, 43000 Kajang, Selangor
03-8733 7210

21. Syarikat Ban Hong
No. 1654, Jln Sungai Limau, Medan Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor
03-3224 3292

22. Chop Chip Nguan Chan
No. 159, Jln Radin 3, 45400 Sekinchan, Selangor
03-3241 0346

23. Pusat Alat-Alat Pancing & Tulis Woei Ming
1st Floor, Puteri Park Plaza, Taman Putra, 68000 Ampang, Selangor
03-4294 2866

24. Igfa Fishing Sports Sdn Bhd
27-G, Jln Wawasan 4/3, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor
03-4270 2629

25. Tong Wai Keong
No. 13, Jln Ipoh Bt 17, 48000 Rawang, Selangor
03-6093 4876

26. Tans Marine Equipment Sdn Bhd
No. 11, Jln Selat Selatan 30, Kawasan Perindustrian Landpac, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor
03-3165 6588

27. Chop Sin Seng Heng
No. 201, Jln Besar, Kampung Baru, 42800 Tanjong Sepat, Selangor
03-3197 4243

28. Kuan Tat Enterprise
No. 11, Jln Selat Selatan 30, Kawasan Perindustrian Landpac, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor
03-3165 3289

29. Tiong Hoe & Co Sdn Bhd
No. 42, Jln Kapar Kaw 18, 41400 Klang, Selangor
03-3342 7130

30. Tan Lee Soon Trading Co
Jln Sungai Limau, 45300 Sungai Besar, Selangor
03-3224 1888

31. Lee Tong Fisheries Trading
No. 2, Jln Sungai Keladi 1, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor
03-3168 2718

32. Syarikat Ming Trading
No. 80, Jln Meru Kaw 17, Taman Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor
03-3341 4476

33. Sajak Asli (Kajang) Sdn Bhd
18-19, LG, Plaza Metro Kajang, Jln Tun Abdul Aziz, 43000 Kajang, Selangor
03-8734 7288

34. Tan Jin Chuan
100G, Jln Taliair, 41000 Klang, Selangor
03-3373 2388

35. Sure Catch Tackle Supplies
82D, Jln Pulasan, 41000 Klang, Selangor
03-3373 1275

36. Sea Tackle Sdn Bhd
No. 2, Jln 51a/241, Seksyen 51A, 46100 Petaling Jaya, Selangor
03-7875 9888

37. Chye Khiang Seng Development (M) Sdn Bhd
No. 155, Jln Kapar Kaw 18, 41400 Klang, Selangor
03-3341 3533

38. Krung Thon (M) Sdn Bhd
No. 13, Jln Tib-3/3, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor
03-6186 7350

39. Great Ono Sportfishing Sdn Bhd
No. 11, Bangunan Ene, Jln Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
03-2142 06210

40. Kepong Tackle Sdn Bhd 
No. 62-68,
Jalan Besar Kepong,
52100 Kuala Lumpur.
Tel: 603-6274 0460
Fax: 603-6277 2343


Senarai Kedai Pancing 1

Berikut adalah senarsi kedai pancing Area Selangor dan Kuala Lumpur..di harap dpt membantu anda utk mencari kedai kedai pancing di sekitar kawasan anda..


1. Young Trading Store
381, Jalan Pudu
55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-9221 8814

2. Fish Hunter Sports Fishing
Lot 15-17, Jalan Maharajalela
50150 Kuala Lumpur
Tel: 03-2148 0730

3. Sabre Tackle (Malaysia)
No. 93, Ground Floor & 1st Floor, Jalan Maharajalela
50150 Kuala Lumpur
Tel: 03-2260 4628

4. Ocean Sea Sportfishing
No. 15, Jalan PSK 6, Pusat Perdagangan Seri Kembangan
43300 Seri Kembangan, Selangor
Tel: 03-8945 7725

5. Chia Fishing Tackle Trading
No. 886, Jalan Besar, Pandanmaran
42000 Port Klang, Selangor
Tel: 03-3166 1464

6. JT Fishing Bazaar
No. 1, Jalan Kem
42000 Pelabuhan Klang, Selangor
Tel: 03-3166 0913

7. TA Fishing and Adventure
No. 5, Jalan Perepat 27/95, Seksyen 27
40400 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-5191 0089

8. Wan Sin
No. 34A, Jalan Menteri, Sabak Bernam
45200 Sabak Bernam, Selangor
Tel: 03-3216 1733

9. Akuarium & Aviary Sunny
No. 1 Lot 3036, Peringkat 3B, Taman Nirwana Indah
45300 Sungai Besar, Selangor
Tel: 03-3224 7008

10. Tackle Box Adventures
No. 99, Jalan SS15/4C, Subang Jaya

11. Tightlines Sportfishing (Closed. Available for regulars only)
23, Jln PJS 10/32, Bandar Sri Subang, Petaling Jaya

12. Sin Heng Fishing Tackle
14, Jalan SS3/31, University Garden, Petaling Jaya 

13. Saga Sport Fishing & Services
2, Bazar Dato Saidin Tambi, Jln Sungai Tua, Batu Caves

14. TCE Seri Petaling Branch
35-1, Jalan Radin Anum 2,
Bandar Baru Seri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.
Tel:603-90577826

15. TCE Setapak Branch
43, Jalan Genting Kelang,
53300 Setapak,Kuala Lumpur.
Tel:603-40225973

16. TCE Maluri Branch
241, Jalan Mahkota, Taman Maluri,
55100 Kuala Lumpur.
Tel:603-92839918

17. TCE Cheras Branch
22, Jalan Indah 23,
Taman Cheras Indah, 56100 Kuala
Lumpur. Tel:603-9282547

18. fishing fever angler
c-g24 block c,rumah pangsa damansara bistari,jalan 
harapan,off jalan ss2/72,46300 petaling jaya selangor,03-79582623

19. Ang Sportfishing & Service
No. 4, Gerai Plb, Jln Kuala Lumpur - Ipoh Batu 30, 44300 Ulu Yam Lama, Selangor
03-6075 1387

20. Lee Chai Chon
B23, Medan Selera, Jln Bukit, 43000 Kajang, Selangor
03-8733 7210



kolam pancing 123 batu arang

Selamat sejahtera..oleh kerana beberapa sebab yg tidak dpt di elakkan.terjahan kami ke kolam sri bayu tekala utk repeat kali ni terpaksa di batalkan..
Destinasi kami beralih ke kolam pancing 123 batu arang..bercerita pasal kolam ni,ini adalah antara kolam kegemaran aku ngan jenal utk cari ranking dan ikan jackpot lantas mendaratkan patin patin yg bersaiz abah abah.kenapa?lokasinya menarik ada tiga buah kolam,kolam 1.2 dan 3 dan sgt selesa kerana korang boleh park je kereta betul betul depan kolam jd x pyh fikir nak angkut beg ke apa jalan jauh jauh.so aku sarankan pd kaki kaki pancing semua korang wajib cuba utk tawan ikan yg ada kat sini..so apa lagi..pasang umpan...
- umpan jenis palet yg kami gunakan
-jenis mata kail kami gunakan adalah mata kail jenis berkley bersaiz 9 dgn tali perambut kevlar berukuran setengah jengkal.
-teknik kami gunakan adalah dasar cara ni lebih sesuai utk menawan ikan ikan patin bersaiz mega atau abah abah lah kiranya..
-umpan dah siap pasang dah baling dan tunggu jelah...
-perghhh..x sampai 5minit umpan di tanam..strikeee..pacaakkkkk dah jenal bukan main bergaya lg menarik ikan..depan jauhhhh....
-perghhhh ikan patin pertama berjaya di daratkan..tersenyum lebar jenal bila berjaya mendaratkan seekor patin bersaiz 10.60kg..tp masih awal lg utk mencari ranking dan ikan jackpot..
-jenal dah pacakkk..skrg turn aku la plak pacakkk..steadylah..layan dulu..memang sgt teruja.
-yezzaaa hasilnya..ikan patin bersaiz 10.40kg apa pun masih terlalu awal.
-asyik kita org je pacakkkkk...tu diaa sekali otai lak pacak...pak din..memang antara otai yg paling steady n friendly kat kolam ni..xde pak din kat kolam ni,seolah tak ada serinya dengan jenaka dan gelak tawa jd semua pemancing gembira bila ada pak din..bercerita sikit pasal pak din,kita org panggil pak din ni ketua kampung..paling best pak din ni juga tukang urut batin..so sesapa nak mengurut boleh lah jumpa pak din..

-sambil tunggu ikan mkn lg..de masa terluang potong lah roti plak utk di jadi kan umpan..memang santai kalau memancing kat sini jd korang mesti dtg n cuba semua kolam yg ada kat sini..
-akhirnya berjaya juga mendaratkan ikan utk ranking..seharian kat kolam 123 ni dari kolam 3 ke kolam 2 dan seterusnya ke kolam 1..

Bagi pemancing yang tidak tahu..berikut aku senaraikan harga utk memancing di kolam 123 batu arang ni.
- kolam 1 - rm25 bermula 8pg hingga 8pg esoknya jd masa yg korang ada 24jam hanya dgn rm25 shj berbaloikan utk ranking dan jackpot terkumpul.
- kolam 2 dan 3 - rm30 bermula jam 3ptg sehingga 3pg waktu memancing selama 12jam shj..dan ikan di dalam kolam 2 dan 3 ni memang mega.termasuk ranking harian dan jackpot terkumpul.
-manakala bagi kaki game bleh lah turun setiap hari isnin mlm dan juga hari jumaat mlm..

Jadi angler semua apa tunggu lagi..jom turun pacak kat kolam 123 batu arang utk rasa nikmat menawan ikan patin bersaiz abah..apa yg pasti kepuasan yg korang akan dpt memang berbaloi..jumpa korang lagi nanti utk update tempat tempat dan kolam memancing yg menarik..

Salam jumpa lagi..