Salam sejahtera..melihat pd gambar di atas aku rasa ramai angler kat luar sana tahu yg ianya adalah kolam pancing sek 24 shah alam yg sangat terkenal di kalangan angler..jd pd hari jumaat lepas aku berpeluang utk mencuba kolam yg terkenal ni..jelajah mlm ni biasalah selain aku dah tentu lah ada jenal..tp kali ni kami bertiga termasuk syuk..
Kita citer pasal lokasi dulu lah..lokasi kolam ni memang sgt strategik..manakala kolam tak pernah sepi dari pemancing..dan ikan pula..macam macam jenis ikan ada nak citer jenis ikan byk sgt serba sedikit jelah yer..antaranya mekong..patin albino..aligator gar..amazon cat fish..patin..eh mcm mcm lg lah.bayaran yg di kenakan pulak adalah sebanyak rm35 utk 12jam memancing berserta jackpot..sampai muntah dan habis umpan di buatnya..sangat berpatutan..
Saiz kolam yang agak luas dan selesa utk pemancing cuma jika terlalu ramai orang tu kenalah pandai pandai coz sememangnya kat sini ramai pemancing..so apa lagi ambik tempat betul kat seblah kanan.pasang umpan baling dan tunggu..
Ikan pertama ni di naikkan oleh syuk..tongsan sisik halus bersaiz 7kg lebih..lain ikan di cari lain ikan yg jamah impan dulu..rezeki namanya..selang beberapa minit selepas naik tongsan sisik halus ni syuk pacak lagi tp kali ni tali putus dan ikan tidak berjaya di naikkan..
Setelah beberapa jam..akhirnya ikan yg di nanti berjaya di naikkan..mekong cat fish..kat sini mekong memang bersaiz mega dan saiz yang di naikkan oleh jenal ni boleh lah di katakan kecil..apa pun misi kami berjaya..
Jenal bersama mekong yang berjaya di naikkan..perghh jenal dah naik mekong aku tak juga pacak pacak lagi..hahaha biar putus taik kangan putus asa dan tabur lagi...
Tabur punya tabur..dan hasilnya..berjaya juga aku mendaratkan sekor mekong...puas hati walaupun tidak begitu besar...
Selebihnya kami cuba buru ikan utk jackpot dan juga ranking..namun patin yg kami naikkankan kebanyakannya sekitar 7kg lebih shj dan paling besar aku naikkan seberat 10kg lebih shj..aku shj berjaya menaikkan patin lebih 5 ekor..tongsan sisik halus 2 ekor..mekong 1..manakala jenal pulak berjaua menaikkan mekong 1..patin dlm 5 ekor..syuk pula..tongsan 1 dan patin 1..sememangnya sgt berpuas hati..
Jadi pada angler yang belum pernah mencuba di kolam ni aku nasihatkan korang harus cuba..dan aku pasti korang akan dpt kepuasan yg maksimum..keseluruhan rating utk kolam ni aku bagi 4 bintang kerana apa 4 bintang?sebab kemudahan utk ke tandas terlalu jauh dan bg aku tidak mencukupi dgn jumlah pemancing yang dtg..apa pun adalah antara kolam yg terbaik dlm malaysia dgn ikan yg besar besar dan harga yang berpatutan..
Salam jumpa lagi..
Many thanks for your kind invitation. I’ll join you.
ReplyDeleteWould you like to play cards?
Come to the party with me, please.
See you soon...
คาสิโน
แจกเครดิตฟรี ฝากถอนง่าย
เล่นบาคาร่า
เล่นบาคาร่า