Sunday, 11 October 2015

kolam pancing d'kali

Hari ahad..bgn pg tengok umpan ada sekilo lagi..jadi aku roger jenal dan kami bertandang pula ke kolam d'kali yg letaknya di batang kali selangor..jom aku citer pasal kolam ni pula..

Kolam ni letaknya di kg kuantan batang kali dan mempunyai dua kolam yang di kategorikan sebagai kolam a dan kolam b..kolam b agak kecil sedikit manakal kolam a adalah kolam besar..utk sampai ke kolam ni buat pertama kali aku ngan jenal sampai sesat tak jumpa jalan..mujurlah ada kawan yang tinggal di sekitar batang kali..
Cerita pasal keselesaan pulak..antara banyak kolam bg aku kolam ni di jaga dgn baik dgn air yang agak bersih serta pondok utk peman ing yang selesa dgn kipas meja serta lampu..kalau hp takda bateri cas je guna plug yang di sediakan..jika hujan jgn risau pemancing takkan basah..
Untuk ikan pula..ikan memang banyak bermacam jenis ikan bersaiz abah abah dan mega..antaranya mekong..patin albino..amazon cat fish..patin..pacu..byk lagi lah termasuk talapia bersaiz 2kg ke atas..aku di fahamkan oleh penjaga kolam rata rata ikan patin di kolam a ni bersaiz 8kg ke atas..mekong pula mencecah sehingga 30kg ke atas..
Bayaran yg di kenakan utk memancing di sini bg aku mahal sedikit iaitu sebanyak rm35 utk 3jam memancing..agak mahal utk kolam yg terletak di kawasan pendalaman..kalau tak silap aku  kolam ni juga menyediakan package midnight dari jam 12tghmlm hingga 7 pg dgn bayaran rm45..semua bayaran terpasuk jackpot ranking dan juga ikan terbesar..ikan pula semua boleh di jual balik dgn harga rm1 utk ikan bersaiz 8kg ke ayas manakala rm2 utk ikan bersaiz 8kg ke bawah..nak gasak patin?hahah tidak semudah itu kerana ikan agak liat utk menjamah umpan yang di tanam..hasil kami pancing selama 5 jam hanya sekor shj patin berjaya di naikkan oleh jenal seberat 10.12kg..manakala aku pula bangau sampai habis..
Dari segi layanan pula..terbaik..ini kerana korang tak payah susah susah nak buka mata kail atau tangguk ikan..sebab marshall akan dtg sendiri utk buka dan tangguk ikan serta bawa ikan ke penimbang setelah mendpr pengesahan bold..terbaikkan..aku pasti jika bayaran memancing lebih berpatutan maka akan lebih ramai angler yg bertandan ke kolam ni dgn ikan yg memberi tentangan yang agak hebat dan kuat tidak seperti kolam kolam yang aku pernah terjah sblm ni..
Manakala sudah menjadi kebiasaan bg setiap kolam kemudahan tandas sgt mengecewakan..dan dgn itu kolam ni hanya dpt 4 bintang shj dari aku..selebihnya adalah terbaik..dan pasti aku akan bertandang lagi ke kolam ini utk menawan ikan yang ada dlm kolam ni..bangau tidak dapat di terima..

No comments:

Post a Comment