Wednesday, 21 October 2015

ke kolam pancing sri bayu tekala

Salam sejahtera...hujung minggu lepas kami ke kolam pancing sri bayu tekala utk misi mencari sang patin..utk percubaan pertama ianya lebih kepada belajar teknik memancing di kolam tersebut serta mencuba beberapa jenis umpan..alhamdulillah kesemua umpan dan teknik membuahkan hasil walaupun x strike ikan yg besar sekurangnya kami tahu sesungguhnya umpan yg kami bawa serta teknik yg kami gunakan membuahkan hasil..
Jadi hujung minggu ni kami akan bertandang sekali lagi ke kolam yg sama dgn persedian yg lebih rapi.sambil spot beberapa kawasan yg berpotensi utk strike ikan abah abah..
Cerita skit pasal kolam..sri bayu tekala memil8ki 6 buah kolam tp selalunya kesemua kolam hanya di buka waktu game..
Dari segi kemudahan dan keselesaan pula..mereka ada sediakan chalet utk tdo kakau x silap dgn bayaran rm50 x berapa pasti yg ini..kemudahan tandas yg baik..selesa..dan aku boleh kategorikan kolam sri bayu tekala ni antara kolam yg paling berprofile tinggi di malaysia..dgn bermacam jenis ikan dan juga saiz...jd korang jika nak ke kolam ni aku nasihatkan bw lah beberapa jenis umpan yer..teknik pula agak berlainan skit..ramai otai otai kat sini nak tarik patin main teknik batu gantung..but saiz ikan x lah begitu besar..apa pun baik dpt ikan dari bangau kan..jd bleh lah cuba bermacam teknik juga sebab waktu utk memancing adalah 12jam dgn harga yg sgt berpatutan..

Umpan-
Cacing or hati ayam or perut ayam..utk pacu..talapia pun mkn..
Dedak campur+pisang star brand..teknik pelampung utk tongsan
Sos - cuba lah sos korang utk patin teknik plak guna lah teknik korang..

Selamat mencuba..

Sunday, 11 October 2015

kolam pancing d'kali

Hari ahad..bgn pg tengok umpan ada sekilo lagi..jadi aku roger jenal dan kami bertandang pula ke kolam d'kali yg letaknya di batang kali selangor..jom aku citer pasal kolam ni pula..

Kolam ni letaknya di kg kuantan batang kali dan mempunyai dua kolam yang di kategorikan sebagai kolam a dan kolam b..kolam b agak kecil sedikit manakal kolam a adalah kolam besar..utk sampai ke kolam ni buat pertama kali aku ngan jenal sampai sesat tak jumpa jalan..mujurlah ada kawan yang tinggal di sekitar batang kali..
Cerita pasal keselesaan pulak..antara banyak kolam bg aku kolam ni di jaga dgn baik dgn air yang agak bersih serta pondok utk peman ing yang selesa dgn kipas meja serta lampu..kalau hp takda bateri cas je guna plug yang di sediakan..jika hujan jgn risau pemancing takkan basah..
Untuk ikan pula..ikan memang banyak bermacam jenis ikan bersaiz abah abah dan mega..antaranya mekong..patin albino..amazon cat fish..patin..pacu..byk lagi lah termasuk talapia bersaiz 2kg ke atas..aku di fahamkan oleh penjaga kolam rata rata ikan patin di kolam a ni bersaiz 8kg ke atas..mekong pula mencecah sehingga 30kg ke atas..
Bayaran yg di kenakan utk memancing di sini bg aku mahal sedikit iaitu sebanyak rm35 utk 3jam memancing..agak mahal utk kolam yg terletak di kawasan pendalaman..kalau tak silap aku  kolam ni juga menyediakan package midnight dari jam 12tghmlm hingga 7 pg dgn bayaran rm45..semua bayaran terpasuk jackpot ranking dan juga ikan terbesar..ikan pula semua boleh di jual balik dgn harga rm1 utk ikan bersaiz 8kg ke ayas manakala rm2 utk ikan bersaiz 8kg ke bawah..nak gasak patin?hahah tidak semudah itu kerana ikan agak liat utk menjamah umpan yang di tanam..hasil kami pancing selama 5 jam hanya sekor shj patin berjaya di naikkan oleh jenal seberat 10.12kg..manakala aku pula bangau sampai habis..
Dari segi layanan pula..terbaik..ini kerana korang tak payah susah susah nak buka mata kail atau tangguk ikan..sebab marshall akan dtg sendiri utk buka dan tangguk ikan serta bawa ikan ke penimbang setelah mendpr pengesahan bold..terbaikkan..aku pasti jika bayaran memancing lebih berpatutan maka akan lebih ramai angler yg bertandan ke kolam ni dgn ikan yg memberi tentangan yang agak hebat dan kuat tidak seperti kolam kolam yang aku pernah terjah sblm ni..
Manakala sudah menjadi kebiasaan bg setiap kolam kemudahan tandas sgt mengecewakan..dan dgn itu kolam ni hanya dpt 4 bintang shj dari aku..selebihnya adalah terbaik..dan pasti aku akan bertandang lagi ke kolam ini utk menawan ikan yang ada dlm kolam ni..bangau tidak dapat di terima..

kolam pancing sek 24 shah alam

Salam sejahtera..melihat pd gambar di atas aku rasa ramai angler kat luar sana tahu yg ianya adalah kolam pancing sek 24 shah alam yg sangat terkenal di kalangan angler..jd pd hari jumaat lepas aku berpeluang utk mencuba kolam yg terkenal ni..jelajah mlm ni biasalah selain aku dah tentu lah ada jenal..tp kali ni kami bertiga termasuk syuk..

Kita citer pasal lokasi dulu lah..lokasi kolam ni memang sgt strategik..manakala kolam tak pernah sepi dari pemancing..dan ikan pula..macam macam jenis ikan ada nak citer jenis ikan byk sgt serba sedikit jelah yer..antaranya mekong..patin albino..aligator gar..amazon cat fish..patin..eh mcm mcm lg lah.bayaran yg di kenakan pulak adalah sebanyak rm35 utk 12jam memancing berserta jackpot..sampai muntah dan habis umpan di buatnya..sangat berpatutan..
Saiz kolam yang agak luas dan selesa utk pemancing cuma jika terlalu ramai orang tu kenalah pandai pandai coz sememangnya kat sini ramai pemancing..so apa lagi ambik tempat betul kat seblah kanan.pasang umpan baling dan tunggu..
Ikan pertama ni di naikkan oleh syuk..tongsan sisik halus bersaiz 7kg lebih..lain ikan di cari lain ikan yg jamah impan dulu..rezeki namanya..selang beberapa minit selepas naik tongsan sisik halus ni syuk pacak lagi tp kali ni tali putus dan ikan tidak berjaya di naikkan..
Setelah beberapa jam..akhirnya ikan yg di nanti berjaya di naikkan..mekong cat fish..kat sini mekong memang bersaiz mega dan saiz yang di naikkan oleh jenal ni boleh lah di katakan kecil..apa pun misi kami berjaya..
Jenal bersama mekong yang berjaya di naikkan..perghh jenal dah naik mekong aku tak juga pacak pacak lagi..hahaha biar putus taik kangan putus asa dan tabur lagi...
Tabur punya tabur..dan hasilnya..berjaya juga aku mendaratkan sekor mekong...puas hati walaupun tidak begitu besar...

Selebihnya kami cuba buru ikan utk jackpot dan juga ranking..namun patin yg kami naikkankan kebanyakannya sekitar 7kg lebih shj dan paling besar aku naikkan seberat 10kg lebih shj..aku shj berjaya menaikkan patin lebih 5 ekor..tongsan sisik halus 2 ekor..mekong 1..manakala jenal pulak berjaua menaikkan mekong 1..patin dlm 5 ekor..syuk pula..tongsan 1 dan patin 1..sememangnya sgt berpuas hati..

Jadi pada angler yang belum pernah mencuba di kolam ni aku nasihatkan korang harus cuba..dan aku pasti korang akan dpt kepuasan yg maksimum..keseluruhan rating utk kolam ni aku bagi 4 bintang kerana apa 4 bintang?sebab kemudahan utk ke tandas terlalu jauh dan bg aku tidak mencukupi dgn jumlah pemancing yang dtg..apa pun adalah antara kolam yg terbaik dlm malaysia dgn ikan yg besar besar dan harga yang berpatutan..

Salam jumpa lagi..

Thursday, 1 October 2015

kolam pancing rabos@batu arang@tanjung event kolam pancing besar

Salam sejahtera rakan angler semua..seperti yg korang nampak dlm gambar kat atas tu..ada org gelar kolam ni kolam rabos dan seperti tertera dlm gambar..kolam ni lokasi dia jalan lama batu arang..tak jauh dari kolam pancing 123 batu arang..

Jadi nak lah di jadikam cerita..pd sabtu lepas aku dgn jenal berpeluang mencuba di kolam ni..ni semua gara gara tgk gambar kawan jenal naik patin mekong abah dan pacu bersaiz abah punya hal lah ni...ok xpe jap lg cerita lanjut lg pasal ikan n sblm tu jom citer pasal kolam dulu n kawasan sekeliling..
Kawasan letak kereta yg bersih dan agak selesa serta tidak jauh dari kolam dan di situ julah terletaknya kaunter pendaftaran..
Bayaran mancing rm27 di kenakan utk 3 jam termasuk jackpot dan rm37 utk 5jam termasuk jackpot ikan terbesar..di samping itu juga ikan boleh di bawah 3kg boleh di bawa balik dan kesemua jenis ikan boleh di jual balik dgn harga rm2.50 sekilo kecuali rohu rm3 sekilo..
Jenis ikan..mcm mcm jenis ada dari pacu..patin..rohu..mekong..tongsan..aku di fahamkan rata rata ikan pacu dlm kolam ni bersaiz 5kg sehingga 15kg..patin dari 3kg ke atas.rohu dari 5kg ke atas..manakala mekong kesemuanya 10kg dan ke atas..
Aku pacak kat sini sambil tunggu ikan mkn umpan...cerita skit jenis joran dan reel yg aku gunakan serta teknik yg aku dan jenal guna kan..aku guna joran rod ford amazon 15/30lbs dgn reel penn battle 2 4000 manakala line aku gunakan exoga takalon cristal 30lbs..teknik bottom perambut v..manakala jenal menggunakan joran fenwick hmg 10/30lbs dan reel penn conflict 4000 serta line 916 35lbs teknik plak sama mcm aku..
Utk size kolam pulak tidak lah berapa besar dan jenis umpan..semua jenis umpan di benarkan termasuk organ binatang..so bila aku ngan jenal duduk kolam ni terfikir juga kenapa di benarkan semua jenis umpan..maka aku ternampak lah di mana ada saluran air keluar dan masuk jd air di kolam ni sentiasa bertukar..tp rata rata pemancing di sini menggunakan umpan roti dan juga cekodok dgn perisa masing masing..malah sos utk roti juga ada di jual di sini dgn harga rm20 utk 500ml dan rm10 utk 250ml..manakala kalau nak rasa tarikan pacu abah..kat kawasan memancing ada pokok kelapa sawit dan petik je buah utk di jadikan umpan..
Kolam yg bersih dan selesa..di belakang kolam ni pulak terletaknya kolam or lombong yg sgt luas dgn permandangan ladang ternakan ayam..utk memancing di situ hanya rm5 shj di kenakan tp sgt susah utk menawan ikan..kolam kecil ni pun mencabar juga jika umpan x kena gaya..

Jadi secara keseluruhannya memancing di sini selesa dan memuaskan..kalau korang mancing lebih masa sekali pun jgn risau taknak byr pun tak mengapa tapi dpt ikan xde lah masuk ranking jackpot or dah tentu x boleh bw balik dan di jual balik..layan best jelah..sediakan beberapa jenis umpan utk ke kolam ni yer tu je nasihat aku..so apa lagi bila free turun lah bw senjata masing masing..pacakkkkkkk...